Monday, July 15, 2013

13 Ros Merah - Bab 18

Bab 18
"13 RED ROSES?! DAILY? KIDDING HAA, MAN? Ni kerja gila, Fir."
  "Mana pulak kerja gila. Apalah kau ni, Iq. Tadi iye-iye sangat minta cadangan aku."
  "Issh kau ni. Tak ada ke cadangan lain yang lebih masuk akal...yang...lebih sesuai dengan aku? Ada ke yang ni." Iqram tayang muka tak puas hati dengan cadangan Firdaus. Issh..biar betul Firdaus ni. Ada ke suruh aku hantar 13 ros merah hari-hari kat D. Hari-hari tu. Buatnya cik pipi merah tu marah nanti, i'm finish, man. Silap-silap kena maki nanti. Si pipi merah tu boleh tahan garang dalam selamba dia. Iqram tala muka ke arah Firdaus yang duduk dihadapan. 
      Firdaus geleng kepala. Renungan dijunam ke wajah tampan Iqram. Ada ke kata cadangan aku ni kerja gila. Kau tak try lagi Iah, Iq."Kau nak tak ni tackle budak nama si pipi merah yang kau cakap tadi tu?"
      Wah...sedap-sedap jer si Fir ni sebut nama panggilan "D" aku. Kau jangan cari nahas dengan aku Fir. Iqram balas renungan ke arah Firdaus yang sedang tersenyum.
     "Dia ada nama. Damia Humaira. Nama yang sedap didengar dan disebut. Dan aku pasti punya makna yang cantik. Nama yang kau sebut tu...eksklusif untuk aku sorang. Hanya aku yang boleh panggil dia dengan nama tu. Ada faham?" Iqram tajam hala mata.
   "Whoa...fine..fine. Sorry ok." Dua tangan Firdaus diangkat separas dada memandang teman didepan. Boleh tahan jugak magnet budak tu kat Iqram. Hmmm..macammanalah agaknya rupa budak si pipi merah tu sampai boleh buat si drop dead handsome Iqram Faysal depan aku ni boleh jatuh sampai macam ni. Hati Firdaus laju berdetik.
   "Kau jangan terlepas panggil nama tu depan dia nanti. Ingat, Fir. Dia tu lain sikit orangnya. She's not like those girls yang kita selalu jumpa.I can't guarantee if anything gonna happen to you, buddy."
   Firdaus angkat kening. Lain macam punya bunyi jer budak ni. "Lain sikit? Pelik ke budak ni. Issh, kau, Iq...jangan cari pasal nak tackle budak pelik."
   Iqram senyum. Teringat kisah pertemuan pertama dia dan si pipi merah itu dahulu. Manis. Lucu. Semuanya. 
   "Kau tau Fir, dia tu perempuan pertama yang pernah marah aku. My very first time experienced." Jari telunjuk Iqram hala ke hidung. Senyum terus bertamu di bibir. Masih jelas dimata kenangan itu. Dalam tergamam dia masih mampu merenung wajah mulus yang punya sepasang pipi merah yang cukup memikat pandangan. D..D..you memang lain laa, D. "She really break the record. Tak bagi chance langsung kat aku. Fuh...jangan buat hal dengan dia. "
    Mata Firdaus bulat. "D..dia...ma..marah...kau?" Iqram anggguk sambil tersenyum. Whoa..ni memang betul lain sungguh. Firdaus laju buat penilaian. Bukan sikit punya lain nih. Ada rupaanya perempuan yang berani marah si drop dead gorgeous Iqram Faysal. Hilang akal apa perempuan tu. Tak kenal ke siapa Iqram Faysal Tan Sri Fakruddin? " Iqram Faysal kena marah dengan perempuan tu memang sungguh luar biasa pada aku. Kalau kau kena kejar dengan perempuan tu aku biasalah tengok. Apahal kau sampai kena marah dengan dia ni."
    Iqram senyum lagi. Kepala digeleng. "Aku cerita hal tu kat kau nanti. Yang penting..." Mata Iqram dihala ke wajah Firdaus. "jangan lupa apa yang aku dah beritahu pada kau tadi. I'm warning you, Fir. She's different. Totally different. Jangan cari pasal dengan dia."   
   Firdaus angguk. Sengih.
   "Relax, ok. Aku takkan terbabas. Atau nanti panggil aku panggil dia sweet Damia jer. Boleh? Kau tak marahkan, Iq." Firdaus jala sengih lagi. Seluas padang bola. Iqram lontar jeling. "Ok..ok, now back to our plan. Kau setuju tak ni?"
    "Issh.." Iqram geleng kepala. "Hari-hari tu yang aku macam tak berapa nak setuju." Iqram hempas tubuh ke kerusi. Kepala mengadah ke siling.
    Firdaus gerak tubuh kerusi ke kiri dan kanan.  "Tak kan nak berkira kut. Kau ingat senang ke nak tackle perempuan ni. Lagi-lagi jenis yang lain macam kau punya Damia tu." Kening Firdaus diangkat ke arah wajah didepan. Iqram turun kepala memandang ke depan. Dua tangan disilang ke tubuh. Mata junam ke arah bebola mata Firdaus." Ada aku cakap aku kisah pasal kos? Pasal duit? Ada? Kau tak fahamlah Fir maksud aku. Aku cuma risau kalau-kalau nanti jadi lain. Si pipi merah tu bukan macam perempuan lain. Aku tahu dia lain. Aku nak plan yang betul-betul baik dan boleh berjaya."
   "Iq..aku cuma bagi cadangan plan yang paling baik buat kau, Iq. Kalau kau nak dengar la. Kalau kau nak benda ni berjaya. Kau tak cuba lagi mana kau tau si pip...ooops" Firdaus tala sengih dengan dua tangan serentak lurus ke atas. "Damia tu tak terima. Tackle perempuan ni memang ada risiko..tapi kenalah cuba. Kau nak dia kan? Nak kan?" Iqram angguk. " So..jangan takut. Aku jamin plan ni akan success."  
   "Kau rasa boleh berjaya ke plan kau ni."
   Firdaus angkat ibu jari kanan. Senyum makin lebar."Perempuan...mana nak tolak bunga..lagi-lagi red roses yang cantik dan mahal. Dia pun perempuan. Naluri perempuan dengan bunga ni memang tak boleh dipisahkan. Aku tahu plan ni mesti success. 150%. Kau tengok jer nanti, Iq. Jangan terkejut pulak nanti kalau kau dapat tahu dia drop dead sebab dapat buoquet 13 red roses yang super cantik. Yang penting kau ikut jer plan aku ni. Firdaus tak pernah gagal ok."
  Iqram senyum. Kepala diangguk lagi. Firdaus balas senyum.
  "So..when are we gonna start so call 13 red roses secret mission?"
  "Hari ni lah."
   "Today?!"
  "Kau serius nak dia tak ni?
   Iqram laju angguk.
   "Haa...kalau nak, kenalah cepat,Iq. Situasi kau ni tak boleh pakai dah peribahasa biar lambat asal selamat. Sekarang kena tukar  biar cepat, janji dapat."
    Iqram ketawa kecil. Firdaus ikut ketawa.
    "Fir.."
     "Yes.."
     "13. Why 13? Why not other number."
     "Kau tak tahu makna 13 ros merah tu?" 
      Iqram geleng. Firdaus tepuk dahi. Slow betul kau, Iq.
      "Kau tak pernah bagi red roses ke kat perempuan sebelum ni. Kau punya ex ex dulu kau tak pernah bagi?"
      "Ada tu adalah. But i don't care about the number. Just press the intercom and asked Jijie to get those roses  and sent to them. Finish. Aku mana pernah tackle perempuan. Those ex yang datang kat aku. Kau lupa?"
      Firdaus geleng lagi. Betul jugak. Si drop dead handsome Iqram Faysal ni mana pernah tackle perempuan. Perempuan tackle dia adalah. Firduas hela nafas. "Ok, takper Iq. Nanti aku cerita kenapa kau kena guna 13 ros merah.  Juga plan seterusnya. Sekarang ni kau interkom Jijie. Minta dia hantarkan 13 ros merah untuk kau punya Damia Humaira di APAC. Cakap kat Jijie make it a daily delivery...including weekend. Kau ada her address kan? Dah berapa kali hantar cik Damia kau tu balik jangan cakap kat aku kau lupa pulak alamat rumah dia." 
    Iqram senyum. Butang interkom ditekan. "Jijie...pop in to my office, please."

APA KES PULAK NI? GILA HAPER orang yang hantar bendaalah ni kat gua. Dah takder keje lain haper.  Dah takder keje sangat, beritahu gua. Boleh isi borang keje kat kebun pisang abah gua. Issh..mental betullah orang-orang sekarang ni. Damia belek lagi jambangan ros merah ditangan. Jambangan yang diserahkan oleh budak penghantar bunga sekejap tadi. Damia ingat lagi tadi siap dia berdebat dengan budak tu. Macam tak percaya yang jambangan itu dihantar untuk dia. Damia Humaira dapat bunga ros merah. Cun punya ros merah pulak tu. Whoa Pot...lu mesti pengsan dua belas round kalau nampak ni.
  "Cik Damia Humaira binti Sulaiman ada?"
   Kening dah naik setingkat. Apsal budak ni ada nama penuh gua. Muka tak pernah gua tengok pun sebelum ni. Issh, musykil.
   "Kenapa cari dia?" Muka sehabis serius dilontar. Gua mana boleh percaya orang tak tentu hala. Buatnya dia ni penculik upahan ke...mampus la gua nanti.
    "Cik ni cik Damia Humaira ke?"
    "Ha'a..ni la cik Damia Humaira. Apsal bang?" Ekin dari belakang dah menyibuk bagi jawapan. Damia tolak siku ke perut Ekin. Sengih Ekin bertamu. Buat tak bersalah punya muka. Issh, ada jer yang kena debik dengan gua ni karang. 
   Jambangan di tangan budak lelaki yang masih bersarung helmet merah dikepala dihulurkan kepada Damia.
  "Apa ni?"Damia hanya memandang. Tidak menyambut jambangan yang dihulur.
  "Bunga ros merah." Lelaki didepannya tayang senyum. Ekin disebelah Damia turut ketawa.
   Ekeleh. Gua hempuk la pulak mamat helmet merah ni karang. 
   "Gua tau ni ros merah. Takkan bunga raya pulak. Agak-agaklah bro kalau nak buat lawak pun. Karang hilang helmet lu tu." Ekin dah tekan perut. Pecah ketawa. Damia tolak siku ke perut Ekin. Makin galak ketawa Ekin.
   "Whoa..ganas aar lu ni." Lelaki didepan terus menebar senyum. Damia lontar pandangan tajam. "Ok. Dengar ek cik Damia. Gua keje hantar bunga. Sekarang gua ditugaskan hantar ros merah ni kat lu. Sila ambik..sila terima dan tolong sign kat buku gua ni." Sekeping buku warna coklat tua diletakkan diatas kaunter pembayaran. Jambangan dihulur. Perlahan dan teragak-agak Damia menyambut. Tangan laju menurunkan tandatangan pada buku yang dihulur. Sengih aje budak helmet merah didepan Damia. 
   Mata jatuh pada jambangan ditangan. Ekin disebelah dah bulat biji mata cakap giler cantik. Siap nak tengok-tengok lagi. Damia pantas ketuk tangan Ekin yang giler menyibuk. 
   "Siapa yang hantar kat gua ni?"
   "Tu.." Bibir lelaki didepan memuncung kearah jambangan ros merah ditangan. "kan ada kad tu. Lu baca aar sendiri. Gua rasa orang yang kirim tu tak tulis bahasa Jerman." Ekeleh mamat helmet merah ni. Ada jer yang kena backhand gua ni karang. "Oklah, gua nak kena chow dulu, assalamualaikum. Selamat berkenalan cik Damia..cun aar lu ni. Sayang gua tak kenal lu dulu." Kenyitan nakal dihulur. Ekin tayang ketawa. Damia lontar jegilan mata. 
    "Kak D..cepat la bukak kad tu. Ekin nak tau sapa yang hantar ros merah yang cun giler ni."
   "Sibuk jer. Manalah akak tau."
    "Boyfriend akak kut. Mana tau nak surprise kan kak."
    "Banyaklah boyfriend akak Ekin. Tah sapa tah yang tak keje agaknya cari keje hantar bunga ni pulak. Pergi la hantar kat oranglain gamaknya. Hantar kat gua apa barang."   Damia belek kad berwarna putih susu yang terletak di tengah jambangan. Ditarik laju. diselak. Mata tertegun pada sebaris ayat yang tertulis. Sah, giler!   
     "Sapa yang hantar kak D?"
      "Makhluk asing yang hantar."
      "Haa! 
                 your future soulmate...IFF 
      Mulut dicebik. Banyaklah lu punya future soulmate. Apa barang pulak gua masuk jadi soulmate dalam hikayat lu ni. Sapa lu ni ek? Bibir dimuncung. IFF? Macam bar code mesin basuh jer. Ker, kod  nama makhluk asing. Jari-jemari laju mengira. Tiga belas. Kening diangkat. Apsal pulak 13. Ganjil betul. Apsal ek 13. IFF ni memang makhluk asing gamaknya yang hantar bunga ni kat gua. Bila pulak gua berkenalan dengan makhluk asing ni. Pot...lu ada kenal makhluk asing kod nama IFF yang nak berkenalan dengan gua ke, beb?
   
  IQRAM CUBA TAHAN senyum. Ketawa dah meledak didalam. Wajah mulus didepan yang sedang menyuap nasi yang tinggal sedikit ditatap. Senyum masih gagal disembunyi. Terlepas juga. D..D. I ni yang punyalah handsome gila you kata makhluk asing. Sampai hati betul you D. Iqram geleng kepala. Cuba ditahan agar ketawa tidak terluncur daripada bibir. Mata dihala ke wajah si pipi merah yang menunduk. 
    "Mana awak tahu tu makhluk asing? Mungkin nama samaran dia ke. Dah cuba siasat siapa pengirim tu? Mana tau mungkin dia memang manusia yang wujud..cuma awak mungkin yang tak sedar."
    Damia angkat muka. Dilepaskan kunyahan terakhir.  Kendi pencuci tangan dicapai. Senyum si mata cokolat seksi didepan ditala dengan tatapan mata. Senyum tu memang nak gelakkan gua la tu sebab dapat bunga dari makhluk asing. Ditolak kendi dan dicapai bekas tisu didepan. Ditarik perlahan.
   "Ekeleh awak ni. Tengok tu senyum sebab gelakkan saya la kan. Ada yang makan pinggan ni karang."
   Iqram ketawa kecil. "Mana ada. Awak ni...cute la D."
   Damia hulur cebik. Dibawa tisu ke bibir sebelum diletakkan ke sisi. Wajah si mata cokolat yang ketawa kecil tadi dipandang. Ketawa laa, nanti lu dapat bunga taik ayam daripada alien perempuan baru padan!
   " Ok..fikir ek. Mana ada manusia nama samaran macam tu.  Cuba fikir logik. IFF. I-F-F. Kalau bukan makhluk asing, saper? Hantu? Macam kod barang letrik pun ada. Awak tak rasa macam tu ke? Issh...saya risau la awak. Buatnya alien tu memang syok kat saya, mati la gu..err..saya." Damia gigit bibir. Fuh..nasib baik tak terlepas. Burned lima hinggit gua nanti. Boleh beli top up tu. Damia hala renungan ke arah si mata cokolat seksi didepan yang terus tersenyum. Ni apa kes senyum senyum daripada tadi ni. Gua tahu la gua cun berganda-ganda. Gua lupa nak beritahu, gua sekarang tengah practice maut mulut gua ni daripada sebut lu-gua dengan si mata cokolat seksi. Dia dah cakap tadi masa ajak gua pergi lunch. Kalau gua sebut lagi macam tu, dia denda gua lima ringgit tiap kali gua silap. Lima hinggit woo. Gila kejam. Tiga kali silap dalam sehari mampus la gua. Boleh makan set lunch KFC tu. Fuh.
   Iqram senyum lagi. "Takkan la sampai boleh mati. Oklah tu..ada yang suka kat awak. Boleh dapat red roses. Berapa awak cakap tadi ros merah tu?"
   "13. Haa..tak ke pelik tu. 13. Ganjil kan tu. Awak tak fikir apa yang saya cakap tadi betul." Iqram jala senyum lagi. Nak ketawa tapi tak sampai hati rasanya. Kasihan pulak Iqram pada si pipi merah didepannya ini. D...is me, sweetheart. The one and only Iqram Faysal Fakruddin. Not an alien...and not the those electric stuffs. Teruk la you ni, D. Ada ke id i yang unik tu you samakan dengan barang elektrik. Straw jus oren ditarik dan disua ke bibir. Damia angkat muka. Senyum si mata cokolat seksi dapat ditangkap dek pantas kerlingan mata. Issh, tak habislah tu gelakkan gua. "Apa barang saya nak suka kat alien. Weng la awak ni. Bagi la watak yang sedap sikit mata saya ni memandang."
   Iqram gelak dalam hati. I ni lebih dari sedap mata memandang, D. You won't regret sweetheart. 
   "Awak.."
   "Hmmm..." Iqram angkat muka. Senyum. 
    "Awak fikir camner ni. Ala, saya tak selesa aar."
    "Ok. Kita tunggu dulu, hmmm. Esok ke. Mana tahu dia muncul depan awak."
    Damia lepas nafas. Gelas air jambu batu ditarik. Dipusing-pusing. Mata dibawa ke wajah si mata cokolat seksi yang turut sedang menatap.
   "Kalau dia muncul depan saya, jagalah dia. Memang nahas dia."
    Iqram tabur senyum.
    "Awak nak buat apa pada dia."
    "Saya nak lenyek dia lumat-lumat buat cokodok pisang."
     Pecah ketawa Iqram. Damia jegil mata.

14 comments:

Kak Sue said...

IFF kalau berani dan anak jantan cakaplah kalau IFF tu saya .... apa awak nak buat....
Ada berani ke awak nak lenyek saya buat cokodok pisang .... hahaha

nurizzwo said...

Best!!!x sabo nk bc nxt episod ;p

Anonymous said...

so sweetttttt, sy tersenyum sowang2

si yellow said...

hahaha..hari2 alien ni ada depan awk D..HAHAHA

jayda said...

lapang hati baca N3 nie bila D dah start blajar x ckp lu-gua ngan Iqram.. hehe suka3

Suhaila Harun said...

Cam manja je bila D dah start saya awak..hohoho...

The Lady Chosen said...

Misi 13 red roses dah mula...hehehehehe kesian la si Iqram di label alien..pastu lau jumpa nak lenyek jadi cekodok hahahahaha nasibla Iqram oiii, nak sangat pikat awek si pipi merah ^_^ best!

Anonymous said...

Hahahaha... Kelakau sungguh. Dahler tu si D ni pegi ngadu kat the culprit@main suspect.... Hahaha... Tang ni, D mmg lembab giler...

Tang panggilan dah bertukar ke "saya-awak" instead of "lu-gua". Amat dialu2kan....

-sj- said...

Saya nak kata semua komen diatas amat lah saya setuju....hik hik hik...x sbr nak tunggu next n next n3....��

Anonymous said...

Kod barang elektrik?? Bahahaahahahahahahahahaahaa...
Serius D mmg lawak gilosss!!
~m.a~

Anonymous said...

xsbr nk tgk reaksi damia bila dia betul2 cinta kt iq nnt..msti cute/ ganas/slamber

norihan mohd yusof said...

hehe...lenyek2 D wat lempeng pisang...best banget...

miss nina said...

aduhai D, iqram yg hensem tu nak jadikan cokodok? masaklah...

kucc, nak tahu ape makna 13 kuntum red roses tu :)

nazira azwa said...

misi 13 bunga ros merah dh bermula..suka3 D dh tukar pggln sy-awk ngan Iq..nmpk cm comel je..